Halaman

Isnin, 25 Mac 2013

vitamin untuk kanak-kanak

Jadikan permata hati anda sihat dan pintar bermula hari ini!




Anak merupakan anugerah allah yang paling bernilai. Dia lah penawar keluarga dan menjadikan keluarga bertambah ceria. Kewujudannya sangat unik. 40 minggu berada dlm perut ibu bukanlah sesuatu yang mudah malah si ibu sentiasa di uji sepanjang tempoh kehamilan. Kesakitan bila bersalin automatik hilang bila dengar tangisan menandakan dia sudah tamat meneroka dan telah selamat dilahirkan. Menjaga perkembangan anak-anak mmg ada mcm2 ragam..

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
 - memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C - membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega-3 - Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Protein - baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan