Halaman

Ahad, 31 Mac 2013

Tingkatkan kesuburan


Assalamualaikum..

Masalah kesuburan selalunya dikaitankan dengan wanita dan ramai wanita yang berusaha untuk meningkatkan kesuburan dengan mengambil pelbagai suplemen. Dan ada juga yang mendapat rawatan kesuburan di hospital. Walau bagaimanapun, lelaki juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah ketidaksuburan ini.


kesuburan


Punca pasangan tidak mendapat anak adalah sama antara suami dan isteri, 40% punca adalah kemandulan isteri, 40% kerana kemandulan suami, dan 20% adalah masalah kedua2 pasangan tersebut.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya 
  • Masalah tiroid 
  • Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat 
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin

Penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaranTerlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. 

set kesuburan

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda. Antara usaha yang boleh dibuat bagi menambahkan kesuburan ialah dengan menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat serta mengambil vitamin atau suplemen. Antara suplemen yang dapat membantu meningkatkan kesuburan adalah:-

B Complex
  • Vitamin B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). 
  • Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. 
  • Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vitamin C 
  • Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembap akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin E & Selenium
  • Terkenal sebagai 'vitamin seks'
  • Membantu menghaluskan kulit
  • Anti-penuaan
  • Melancarkan peredaran pembuluh darah
  • Mencegah pembentukkan darah beku
  • Membantu pembentukkan sel-sel baru (RNA & DNA)
  • Sangat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita
  • Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal
  • Lelaki mudah kehilangan selenium melalui air mani.Jadi, supplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki

Zinc Complex
  • Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosteron, membantu kekalkan jumlah air mani
  • Membantu kekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum
  • Zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu DNA
  • Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat
  • Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat
  • Zink penting untuk kesuburan kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

Sekiranya anda mengalami masalah period yang tidak teratur dan mengalami PMS, saya syorkan anda mengambil GLA Complex untuk mengatur kitaran haid anda.


GLA Complex
  • Di amalkan oleh isteri, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah period yang tidak teratur
  • GLA membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga di kenali sebagai "Mukus serviks putih telur".
  • Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, sangat-sangat membantu sperma untuk berenang terus ke uterus, ke tiup fallopio, dan terus ke ovum.
  • Tambahan pula, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiup fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (ovulasi)

Sekiranya anda ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua-dua suami isteri mengambil set kesihatan optimum yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilanZinc bagi membantu tahap kesuburan anda manakala wanita yang mempunyai masalah period seelok-eloknya mengambil GLA Complex bersama.

kebaikan suplemen zinc


17 kebaikan supplement Zinc Shaklee

Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorangOkey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
Berapa banyak zinc yg anda perlukan? Sila rujuk jadual dibwh.
Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months
3 mg
Children 1–3 years
3 mg
Children 4–8 years
5 mg
Children 9–13 years
8 mg
Teens 14–18 years (boys)
11 mg
Teens 14–18 years (girls)
9 mg
Adults (men)
11 mg
Adults (women)
8 mg
Pregnant teens
12 mg
Pregnant women
11 mg
Breastfeeding teens
13 mg
Breastfeeding women
12 mg

Anda berminat nak cuba suplemen zinc dari jenama Shaklee? Sila hubungi saya ya..
Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan

Rabu, 27 Mac 2013

Sebab saya pilih Shaklee

ISTIMEWANYA SHAKLEE

Banyak jenama, pelbagai jenis supplements ada dalam pasaran dan boleh didapati dengan cepat daripada farmasi berdekatan rumah anda. Begitu juga dengan saya. Malah, saya pun bukan jenis pemakan supplements. Saya cuma kenal Shaklee masa saya mencari supplements untuk pulihkan pembedahan saya.

Dan saya membaca. Banyak yang saya dapat tahu. Kejayaan Shaklee menyambung kelangsungan perniagaannya rangkaian produk kesihatannya selama bertahun-tahun, tentunya disebabkan sesuatu. Ya, sesuatu yang berjaya membuatkan ramai yang setia dengan Shaklee. Yes, KUALITI.



1. Shaklee telah berada dalam pasaran lebih 50 tahun. 


2. Perbezaan Shaklee telah meyakinkan saya untuk mencubanya pada kali pertama. 
Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam

Shaklee membelanjakan USD300 Juta untuk penyelidikan dan ujian klinikal supaya memenuhi jaminan kualiti produknya. Shaklee mementingkan kualiti berbanding pengiklanan di media massa. Kenapa? Bagi Shaklee, produk yang bagus akan menjadi duta dan iklan mereka secara tidak langsung. Dengan cara pemeliharaan kualiti ini lah mereka gagah di pasaran untuk lebih 50 tahun!

3. Shaklee Halal dan Selamat
Sijil Halal bagi produk-produk Shaklee yang dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of America)

Bimbang dengan pengiktirafan ISA? ISA merupakan antara badan pengiktirafan status halal antarabangsa yang diperakui oleh JAKIM, MALAYSIA. Produk Shaklee juga ada kelulusan daripada KKM, menjadikannya selamat untuk digunakan.

Apa lagi jaminan yang saya perlukan selain daripada ketiga-tiga yang di atas? Saya pasti anda juga mengharapkan jaminan seperti ini juga. Harga? Semestinya berbaloi dengan jaminan kualiti yang dijanjikan.


4. Kejayaan Shaklee di mata dunia membuktikan kepercayaan masyarakat dunia kepada rangkaian nutrisi Shaklee. Shaklee dah bantu ramai orang, adakah saya mahu ketinggalan menjaga kesihatan saya, keluarga yang saya sayangi? TIDAK. Adakah anda?


Masih ada masa untuk memilih yang lebih baik. Sertai saya ke arah kesihatan diri dan keluarga anda.



5. Saya juga memilih Shaklee kerana sambil membeli supplements untuk keluarga, saya juga boleh menjana pendapatan sampingan. Saya mahukan FINANCIAL FREEDOM supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan pendidikan anak-anak. Anda punya matlamat yang sama seperti saya? Hubungi saya segera. Kita capai matlamat bersama-sama.

suplemen terbaik untuk penyakit cyst dan fibroid


KECUTKAN KEWUJUDAN CYST DAN FIBROID DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum 

Enrty kali ini saya nak Kongsikan bersama teman- teman yang pernah diserang Cyst & Fibroid. Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid. Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Sejak akhir2 ni kerap kali saya mendengar penyakit ini dihidapi oleh rakan2 dan saudara mara. Walaupun selepas/telah menjalani rawatan/operation membuang ketumbuhan, ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

APAKAH CYST?Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.

Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.
APAKAH PUNCA FIBROIDPunca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.
Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.
Fibroid 2.Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.
Fibroid 3.Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.credit
CADANGAN VITAMIN
Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini. ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang. 

Sayangi nyawa anda dan buatlah perubahan sekarang.....




Cara untuk kurus langsing


Set Kurus: Kurangkan Berat Badan Dengan Shaklee

Dalam sehari, macam-macam kita makankan. Betul tak? Cuba kita periksa apa yang kita makan ketika sarapan, makan tengahari dan makan malam untuk semalam. Erm...Tak ingat?? Oh, sebenarnya ramai je orang yang tak nak ambil tahu apa yang dimakannya sebab apa yang penting bagi kebanyakkan kita ialah SEDAPPPP..Dan selalunya apa yang sedap itu, itulah yang PALING BERLEMAK, MANIS, BANYAK PERASA, PALING BERKRIM, PALING BERKOLESTROL, ADA TRANS FAT dan macam-mcam lagi. Kalau tengok kat Malaysia ni kedai makan yang buka 24 jam memang banyak. Tengok pulak menu paling "hot" waktu malam. Antara yang top : Nasi Lemak Ayam Rempah, Nasi Tomato dan macam-macam lagi. Memang tak boleh nak tengok je kan. 

Kesan dari pola pemakanan yang "ikut suka aku (ISA)" je, ramai rakyat Malaysia mengalami pelbagai penyakit. Mengikut laporan pada tahun 2011, Malaysia mendapat tempat pertama di kalangan negara ASEAN yang berhadapan masalah dengan obesiti. Kalau nak ikutkan, semua masalah kesihatan boleh dicegah dengan menjaga pemakanan kita. Bukan lah nasi lemak tu tak boleh makan, tapi dah makan nasi lemak tu, perlulah "work out" dan bakar balik semua lemak-lemak yang dah disebati dalam badan tu.

Tapi, jangan pula, bila dah badan rasa berisi, "membesar dengan sihat"..kita biarkan je. Bila lemak dah tepu dalam badan, memang banyak penyakit boleh datang. Bahaya sangat. Tapi boleh bakar ke lemak yang dah bertimbun ni???

                         BOLEHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.....YAKIN BOLEH ;)

Rasa dah terlambat to back on track? Oh, tidak sama sekali. Hidup kita ni jangan sekali-kali berputus asa.jom saya bantu untuk kurangkan berat badan dengan Shaklee. JOmmmm...

Shaklee ada menawarkan set makanan tambahan bagi tujuan untuk kurangkan berat badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.

3 konsep utama -BAKAR, BUANG, BINA

                          1. BAKAR 
                       Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol



 2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan
3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh


LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu,



APA KATA MERKA TENTANG SET KURANGKAN BERAT BADAN NI?
(TESTIMONIAL )





Ramai dah merasai perubahan yang ketara dengan menggunakan set Kurus Shaklee?? Anda mahu mencuba...Cepat hubungi saya sekarang!!!

ESP best seller produk

Fakta tentang ESP yang perlu anda TAHU






  • Energizing Soy Protein membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Tahu kan, asas tubuh kita adalah sel. Dari sel ini akan membentuk organ, dan akhirnya membentuk sistem tubuh kita.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.Selain soya, protein boleh diperolehi daripada daging, ikan dan telur.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.
  • Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa dan pemanis.
  • Tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana ini akan merosakkan protein

Apakah Beza ESP (singkatan bagi Energizing Soy Protein) dengan sumber protein lain?

  • Sumber protein lain mempunyai banyak side effect jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
  • Contohnya, daging jika diambil dengan kuantiti banyak akan berpotensi menaikkan kolestrol dalam badan kerana kandungan lemaknya.
  • Ikan mengandungi merkuri terutama ikan dari jenis yang besar. Telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi jika diambil dengan banyak.

Apa beza ESP dengan minuman soya jenis lain?
  • Protein adalah zat yang tidak tahan panas, kepanasan akan merosakkan elemen protein.
  • Kebanyakan air soya di pasaran, meskipun yang dibuat sendiri akan melalui proses dimana soya2 ini dimasak dalam suhu tinggi dan ini akan merosakkan kandungan protein di dalamnya.
  • ESP tidak melalui proses tersebut dan kandungan protein di dalamnya terpelihara.


Siapa yang patut mengambil ESP?
Dicadangkan kepada semua kerana ia adalah asas pembentukan badan kita. Namun kepada golongan2 di bawah adalah lebih utama untuk mengambil ESP.
  • Mereka yang sentiasa sibuk
  • Mereka yang selalu berasa letih
  • Ibu mengandung
  •  Ibu yang menyusukan anak
  • Sesuai untuk seisi keluarga

  

Apakah kebaikan ESP selain membina sel?

  • Membekalkan tenaga
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan

Jom kata baca apa yang dikatakan oleh para pengguna tentang ESP

susu terbaik untuk baby


CARA TERBAIK UNTUK PULIHKAN SUSU BADAN YANG MERUDUM..


Semakin ramai ibu2 mengamalkan Set Penyusuan Shaklee dalam menjayakan penyusuan untuk anak2 mereka..
 Soalnya, kenapa Set Penyusuan Shaklee begitu istimewa dan disukai ramai ibu-ibu?
 Sebenarnya, vitamin dari Shaklee bukannya faktor utama yang menyebabkan pengeluaran susu meningkat. Ibu2 perlulah memahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada anak2.
 Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dlm dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dgn penuh DISIPLIN dan KONSISTEN.

1.    Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yg bekerjaya membuat sesi perahan yg konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar2 kosong.

2.    Si ibu memasttikan pengambilan air yg seimbang dan secukupya setiap hari iaitu tidak kurang dari
3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dlm menjayakan penyusuan lengkap buat si kecil.

3.    Si ibu juga digalakkan mendekatkkan diri dgn Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa danzikir sgt digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dgn lancar.

Di bawah meruapakan beberapa pilihan set penyusuan iaitu:

Set B BreastfeedingVitalea, B Complex, Vita C dan Alfafa
Set E (Set B + Ostematrix)Vitalea, B Complex, Vita C, Alfafa, dan Ostematrix
Set Tripple M
(Set B + Ostematrix + ESP)
Vitalea, B Complex, Vita C, Alfafa, Ostematrix dan ESP
Set EU Four PackVitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix

Boleh hubungi atau email saya atau comment di facebook untuk mengetahui pilihan set mana yang perlu di ambil..
Jom kita baca pengakuan para ibu2 yang menggunakan SET SHAKLEE dlm menjayakan penyusuan mereka.
Testimoni dari Pn Aminah Aziz
Testimoni dari Pn Aze Ima
Testimoni dari Pn Nurul Alwani
Testimoni dari Pn Beby
Testimoni dari Pn Shazemma
Saya yakin ramai lagi ibu2 yang diluar sana yang masih tidak terdedah kepada dunia penyusuan. kalau pun ada masih ramai yang tidak tahu cara yang terbaik bagi menjayakan penyusuan. Semoga titipan saya pada kali ini dapat membantu sedikit sebanyak dlm memberi info kepada ibu2 yang dihormati semua.
Sesungguhnya ibu2 yang menyusukan anak mereka merupakan satu tugas yang dimuliakan..insya Allah.

Isnin, 25 Mac 2013

vitamin untuk kanak-kanak

Jadikan permata hati anda sihat dan pintar bermula hari ini!




Anak merupakan anugerah allah yang paling bernilai. Dia lah penawar keluarga dan menjadikan keluarga bertambah ceria. Kewujudannya sangat unik. 40 minggu berada dlm perut ibu bukanlah sesuatu yang mudah malah si ibu sentiasa di uji sepanjang tempoh kehamilan. Kesakitan bila bersalin automatik hilang bila dengar tangisan menandakan dia sudah tamat meneroka dan telah selamat dilahirkan. Menjaga perkembangan anak-anak mmg ada mcm2 ragam..

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
 - memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C - membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega-3 - Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Protein - baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.